Showing posts with label Our Story. Show all posts
Showing posts with label Our Story. Show all posts

Wednesday, 1 May 2019

ECZEMA


ANAK-ANAK ECZEMA.

Hai ibu2. ..

Kalau anak-anak kite eczema susah hati kite kan..kesian tengok diorang. Macam saya, anak-anak saya semua ada eczema. Bermula dengan si abang..Masa kecik2 dulu kulit tak pernah tak merah.. Kadang dekat kelopak mata, tangan, kuku.. Macam-macam ubat letak..Tapi sekadar boleh hilangkan kejap..Pastu nanti jadi balik.. Tapi Alhamdullilah.. eczema anak sulong saya hilang sendiri bile dia mencecah usia 5 Tahun sehingga la sekarang dah 9 tahun.

Sekarang ni adik-adik dia pula kena eczema.. si kakak Jelita, kulit tak boleh kering..kalau kering pelipat2 kaki, tangan akan gatal n merah..kadang sampai berdarah dia garu. Adik Thaqif pula dekat muka je pulak..merah2 je..Buntu mama cari penawar...

Tapi setakat ni atas nasihat doctor..diorg cuma sesuai pencuci and lotion dari CETAPHIL je..selain daripada tu memang akan buatkan kulit diorg makin teruk. So mama setakat ni akan restock je CETAPHIL bile nak habis.

Kalau pergi mana2 terlupa bawa CETAPHIL sanggup mandikan diorg tanpa sabun. :((.. CETAPHIL memang sangat2 membantu mama merawat eczema diorg.











Wednesday, 30 November 2016

My Little Hero

Hai everyone...

Kehidupan berumah tangga bertambah indah dengan kelahiran khalif. Cucu sulong yang dimanjakan dengan penuh kasih sayang ini semakin membesar. Sedar tak sedar awal tahun 2017 khalif akan melangkah ke sekolah rendah..Uwaaa....Cepatnya masa berlalu.. Budak kecik ni dah besar..walaupun ada yang kedua ketiga  kamu tetap my no.1.

..dann..hari ahad yang lalu kami sekeluarga pun pegi ihtifal day tadika khalif. kecik-kecik dah merasa pakai jubah konvo..hehehe.. bagus tau anak.. semoga kamu melangkah ke Universiti suatu nanti. Mama punya excited nak tengok anak konvo punya awal pegi majlis tu.. nak duduk depan la katenye.. Boleh tahan juga konvo tadika pun..siap ada penjual bunga..dan rasa macam pegi konvo kat universiti..hehehehe..semoga suatu hari nanti mama pegi konvo khalif lagi sekali kat Universiti nanti.. Insha Allah.

Besor gambar khalif terpampang kat skrin

Muka-muka Excited..hehe..orang lain tak sampai lagi.

Macam-macam bunga ada
Steady je Khalif





Tuesday, 20 January 2015

Annual Dinner "Bollywood Nite"

Dah hampir sebulan baru ada masa nak update blog. Kali ni sy nak kongsi pasal "Bollywood Nite 2014" hari tu. Nama je 2014 tapi disebabkan sibuk.. sudahnya semua bersetuju annual dinner dibuat pada Jan 2015. Tiap-tiap tahun tema annual dinner berlainan. Kalau 2013 tema 'Hat Party" tapi tema kali ni lagi best pasal temanya Bollywood Nite. Hohoho..Semua suka guling-guluing sebab dapat melaram pakai Saree la, Punjabi la.. So semua pakat sibuk cari baju. Semua nak melaram la malam tu termasuklah dengan orang yang tengah menulis ni.. Hehehe.. Tapi sy pakai simple je.. Dapat Top 10 Best Dress je. Tak menang pun...hukhuk..





Ha..tudiaa melaram... Nama dress ni Lehenga Saree.. Berjam okay ceq nak belit...huhu..

Nak selit jugakk gambar ni.. Annual Dinner 2013 "Hat Party" . Time ni je la menang Best Dress.. huhu


  Kami bersama pemenang Best Dress malam tu.. Tahniah kak...Cayalah..
                                 

Sempat lagi selfie...
                                                                   

 Barisan top dress..huhu..Semua hebat-hebat malam tu.. macam-macan gaya ada..
         So..dah habis melaram..baju Lehenga Saree ni jadi collection je la. Entah bila nak pakai lagi...So sape-sape nak pinjam untuk annual dinner tu silalah ye..huhuhu...              

Tuesday, 4 November 2014

"Birthday Party Ultraman Theme"

Hi readers....

Hari ni saya nak update pasal birthday party anak saya last month. Khalif ni sangat minat dengan "Ultraman". Kalau dekat rumah tu, bersepah ultraman..Setiap kali pegi kedai mainan, dia akan beli ultraman..haihh..Agaknya kalau dikumpul boleh buat muzium ultraman..he..he..he..

So...dia awal-awal lagi dah bagitahu nak "kek ultraman" untuk birthday tahun ni.. huhu..Masa kecik-kecik dulu tak pandai pu lagi mintak-mintak...Ha..skang dah besar, dia yang bagitahu kite nak tema apa...haii la anak...huhu.. Majlis ni kami buat simple-simple je... tak jemput ramai pun.. Tapi happy sangat sebab majlis berjalan dengan lancarnya walaupun hari hujan...huhuhu....



Invitation Card pun ultraman okey..huhu
Candy booth katanya.. Simple jer....Thanks to my sisters. Love it!

Ni goodies bag untuk kids..Tapi bukan kids aje yang nak...mak budak pun ada yang nak jugak..hehehe..

Ha,,ni kek ultraman...Suka khalif bila tengok gambar ultraman tue....Selagi tak potong kek tu..sekejap-sekejap dia datang  kat meja kek....Suka betul dia..huhu.
Ini la dia birthday boy... Genap 4 tahun dah anak mama ni...

Okey...ini la dia sedikit perkongsian dengan anda semua..Semua  buat sendiri..takde tempah-tempah..kecuali kek ultraman aje tempah..huhu..Nak jimat kos la katakan... Tahun depan tak tahu lagi tema apa pulak yang khalif nak mintak...